
Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nording telah mengadakan lawatan kerja ke Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang memberi tumpuan kepada kebajikan warga ATM dan keluarga. Lawatan ini turut diiringi Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Muhammad Hafizudeain bin Jantan. Antara inisiatif utama dalam lawatan ialah baik pulih Dewan Berani Ikhlas oleh BPlant dengan kos hampir RM100,000 sebagai pusat komuniti penting warga kem.
Program lain termasuk projek madu kelulut oleh BAKAT untuk menjada pendapatan keluarga anggota.Program Literasi Kewangan oleh LTAT, serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pharmaniaga melalui Program Skuad Operasi Sihat (SOS). Inisiatif-Inisiatif ini bertujuan memperkasa ekonomi dan kesihatan warga TDM.
YB Menteri turut meninjau projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sebagai usaha menyediakan kediaman kondusif untuk anggota. Kem Kabota merupakan salah satu daripada lima terpilih bagi inisiatif Kem Santuni MADANI dengan peruntukan keseluruhan RM500,000.
Usaha berterusan seperti penambahbaikan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi dan kesihatan jelas memberi semangat dan keyakinan kepada warga Tentera Darat untuk terus berkhidmat dengan lebih dedikasi. Sokongan menyeluruh ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup, malah memperkukuh semangat juang dan kesetiaan kepada negara.

