Panduan | Permohonan Prajurit Muda
SYARAT ASAS PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada Tarikh Akhir Siri Pengambilan.
- Penglihatan -
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna.
- Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
- Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
- Tinggi:
- Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
- Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
- Berat:
- Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
- Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0
SYARAT AKADEMIK
- Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
KELAYAKAN TAMBAHAN
- Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
- Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
- Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR
1. Pemeriksaan Kesihatan.
2. Ujian Kecergasan
- Larian 2.4 KM - 14 minit
- Tekan Tubi - 40 kali
- Bangkit Tubi - 45 kali
3. Ujian Bertulis:
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK
- SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
ELAUN
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
CARA MEMOHON
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/
- Jom Masuk Tentera - https://jmt.mod.gov.my/
- PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.
- Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
- Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
- Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
- Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
PANDUAN MENDAFTAR ONLINE
- Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
- atau
- Jom Masuk Tentera - https://jmt.mod.gov.my/
- Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
- Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
- Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
- Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
- Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
MAKLUMAT LANJUT
- Layari laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Tentera Darat di:
- Laman Sesawang Rasmi - https://army.mil.my
- Facebook Rasmi - https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- Instagram Rasmi - https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en
- Twitter Rasmi - https://twitter.com/tenteradarat
- Tik Tok Rasmi - https://www.tiktok.com/@tenteradaratmy
- Alamat Surat Menyurat:
- Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
- Telefon Bimbit Pegawai:
- 017-4033752: Leftenan Noraini
- 019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan
- No Telefon Pejabat: 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)
- Email: selpengambilandarat@gmail.com