SOALAN UMUM BERKAITAN TENTERA DARAT MALAYSIA
Adakah aspek KoKurikulum dan Latihan PLKN boleh digunapakai bagi tujuan sesi pemilihan ?
Bagi tujuan sesi pemilihan awal perajurit muda, kedua dua perkara tersebut tidak boleh dinilai atau digunapakai untuk membantu atau melepaskan seseorang bagi maksud layak atau lulus peringkat awal sekiranya pemohon gagal memenuhi syarat-syarat utama yang telah ditetapkan.
Apakah Yang Dimaksudkan Dan Status Bagi CALON SIMPANAN?
Definasi Calon Simpanan. Calon yang memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan dan layak untuk ke peringkat seterusnya. Walaubagaimanapun calon ini harus menunggu pada satu tarikh yang ditetapkan untuk dipanggil atau dihubungi oleh pegawai pemilihan..
Status Calon Simpanan. Calon yang disahkan lulus atau layak untuk meneruskan peringkat seterusnya dan hanya perlu menunggu nama disenaraikan secara rasmi. Calon ini tidak perlu memohon semula mana-mana sesi pengambilan akan datang. Tarikh rasmi akan ditetapkan kemudian oleh Bahagian Pengambilan.
Definasi dan Status Calon Simpanan adalah termaktub dalam semakan LAYAK PERINGKAT AKHIR dan PENYERAHAN KE PUSASDA.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Menyertai Tentera Darat Malaysia ?
Sesi pengambilan Perajurit Muda Lelaki dan Wanita serta pengambilan Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan dibuka setiap tahun mengikut keperluan semasa perkhidmatan. Bagi individu yang ingin memohon menyertai Tentera Darat Malaysia, berikut adalah cara permohonan boleh dimohon:
PEGAWAI GRADUAN DAN PERAJURIT MUDA
- Penyiaran iklan melalui akbar tempatan.
- Hebahan melalui Portal Rasmi Tentera Darat.
- Hebahan melalui Facebook rasmi Tentera Darat.
- Hebahan melalui Twitter rasmi Tentera Darat.
PEGAWAI KADET UPNM
- Pendaftaran melalui perkhidmatan atas talian UPU.
- Penyiaran iklan melalui akbar tempatan.
- Hebahan melalui Portal Rasmi Tentera Darat.
- Hebahan melalui Facebook rasmi Tentera Darat.
- Hebahan melalui Twitter rasmi Tentera Darat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Apakah syarat kelayakan akademik yang diperlukan?
Kategori Pegawai
- Syarat kelayakan akademik bagi permohonan kategori Pegawai Kadet Graduan adalah IJAZAH yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan dan ia tidak terdapat didalam UPNM.
- Syarat kelayakan akademik bagi permohonan kategori Pegawai Kadet UPNM adalah SPM.
- Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan DIPLOMA TELAH DIMANSUHKAN.
- Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.
Kategori Lain-Lain Pangkat
- Syarat kelayakan akademik bagi permohonan Perajudirt Muda adalah SPM atau Diploma yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan.
- Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan PMR TELAH DIMANSUHKAN.
- Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Saya mempunyai masalah kesihatan dan ada mempunyai rekod kesalahan jenayah. Bolehkah saya memohon?
- Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kesihatan dan perubatan HANYA BOLEH DIKETAHUI semasa sesi pemeriksaan dijalankan kerana ia melibatkan keputusan dari Pegawai Perubatan Sesi Pemilihan.
- Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kes kesalahan awam, kes polis atau kes tatatertib HANYA BOLEH DIKETAHUI setelah mendapat maklumbalas dari bahagian yang dilantik untuk perkara ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Apakah yang dimaksudkan BERPAKAIAN KEMAS semasa sesi pemilihan dijalankan?
Telebih dahulu anda harus merujuk kepada sesi iklan yang telah dikeluarkan. Sekiranya perkara ini tidak dijelaskan BERPAKAIAN KEMAS adalah seperti BERBAJU KEMEJA, SELUAR SLACK DAN KASUT BERTUMIT DAN PENUH untuk lelaki. Bagi wanita pula BERBAJU KURUNG ATAU PAKAIAN YANG SOPAN SERTA TIDAK MENJOLOK MATA / SEKSI. Adalah dilarang sama sekali:
- Memakai seluar jeans
- Memakai pakaian yang menjolok mata / seksi.
- Memakai Baju T-Shirt
- Memakai Baju tanpa kolar.
- Memakai selipar / sandal / kasut sukan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Apakah pangkat permulaan setelah tamat menjalani latihan?
Setelah tamat latihan bagi kategori pegawai ditauliahkan ke pangkat LEFTENAN MUDA dan bagi Lain-Lain Pangkat adalah PREBET (Sama ada Skim Diploma atau Skim SPM). Bagi kategori Lain-Lain pangkat perbezaan diantara Skim Diploma dan Skim SPM adalah dari segi Skim Tangga Kenaikan Gaji. Walaubagaimanapun pangkat permulaan adalah sama.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Bagaimanakah untuk mengetahui tarikh dan sesi pengambilan akan datang?
Berikut adalah cara mendapatkan maklumat berhubung dengan sesi pengambilan Tentera Darat dan cara pendaftaran secara online. Ingin dijelaskan bahawa sesi pengambilan bagi Pegawai Kadet UPNM hendaklah mendaftar melalui UPU :
- Pendaftaran secara atas talian melalui: JOMMASUKTENTERA
- Penyiaran melalui Portal Tentera Darat serta laman sosial rasmi Tentera Darat Malaysia Facebook dan Twitter.
- Penyiaran melalui akhbar-akhbar tempatan di negara ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Adakah saya boleh memohon sekiranya kelulusan akademik saya tidak menepati seperti syarat yang telah ditetapkan?
Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL. Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Bagaimana untuk membuat permohonan yang memerlukan penglibatan Tentera Darat Malaysia ?
MARKAS TENTERA DARAT
SEKRETARIAT TENTERA DARAT
WISMA PERTAHANAN
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
TEL: 03-20598400 Samb 2304
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain SILA KLIK DISINI dan majukan pertanyaan anda.
Maklumat yang terdapat dalam ruangan ini masih belum dapat membantu. Apa yang harus saya lakukan ?
Sekiranya maklumat yang terdapat pada ruangan Soalan Lazim ini masih gagal membantu atau anda mempunyai soalan yang lain untuk di majukan, anda boleh menggunakan Perkhidmatan Talian Pertanyaan yang terdapat pada menu PERKHIDMATAN atau KLIK DISINI. Pihak Pentadbir Portal akan memajukan pertanyaan anda ke pihak yang bertanggungjawab dan maklumbalas akan diberikan kepada anda dalam tempoh yang telah ditetapkan melalui email yang telah didaftarkan.