PendaftaranPerajurit Muda TDLelaki Siri 208 Tahun 2026 DIBUKA!!
Permohonan Atas Talian 3 Ogos hingga 3 September 2026
Pengambilan Perajurit Muda
Tentera Darat Malaysia
Mulakan kerjaya yang bermakna dengan Tentera Darat Malaysia. Sertai kami dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang berkaliber, setia dan berbakti kepada negara.
Kenapa Perlu Memilih Untuk Sertai
Tentera Darat Malaysia?
GAJI & ELAUN
Nikmati gaji yang kompetitif serta pelbagai elaun dan manfaat menarik sebagai warga Angkatan Tentera Malaysia dan Skim Berpencen.
Pendapatan Kasar*
Perajurit Muda - RM 2,525.00
SPM/SVM - RM 2,635.00
SKM Tahap 2 - RM 2,707.00
SKM Tahap 3 - RM 2,779.00
STAM/STPM Berkaitan - RM 2,851.00
DKM - RM 2,887.00
Diploma Berkaitan - RM 3,139.00
Termasuk Elaun Khidmat, Elaun Kepakaran, Imbuhan Tetap Perumahan, Bayaran Insentif Khas & Imbuhan Sara Hidup
* Mengikut Kelayakan Akademik
PERKHIDMATAN KESIHATAN
Dapatkan pekhidmatan perubatan dan rawatan percuma untuk anda dan keluarga.
PELUANG PENDIDIKAN
Tingkatkan kemahiran melalui kursus dan latihan yang disediakan.
Sertai Tentera Darat Malaysia dan bina masa depan yang cerah!
Syarat Baru
Kelayakan Asas PM TD
WARGANEGARA
Calon dan Ibu/Bapa mestilah Warganegara Malaysia
UMUR
pada 30 November 2026
Lelaki: Tidak Kurang dari 18 Tahun dan Tidak Melebihi 30 Tahun
KELAYAKAN AKADEMIK
Minima Lulus SPM ( BM & SEJARAH ) atau SVM, STPM/STAM dan Diploma
KETINGGIAN MINIMA
Lelaki: 157 cm
Wanita: 157 cm
BMI
18.0 hingga 28.0 Kg/m2
KESIHATAN
Sihat tubuh badan dan bebas dari sebarang masalah kesihatan mempunyai penglihatan jelas,calon berkacamata juga digalakan hadir
TARAF PERKAHWINAN
Lelaki - Bujang/Kahwin
Wanita - Bujang sahaja
REKOD JENAYAH
Bebas dari sebarang kes jenayah,
dadah dan juvana
Pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan sebelum memohon.

Proses Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat
PENDAFTARAN PM TD
Isi borang permohonan secara on-line dengan lengkap
PEMILIHAN AKHIR PM TD
Hadir dan lulus ujian saringan yang ditetapkan
TAPISAN KESELAMATAN
Calon yang lulus Pemilihan Akhir PM TD akan dilaksanakan Tapisan Keselamatan dan semakan pengesahan dokumen peribadi
MELAPOR KE PUSASDA
Sertai latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di PUSASDA
Ikuti langkah-langkah ini untuk menjadi sebahagian daripada Tentera Darat Malaysia
Cabaran Latihan, Semangat Membara
LATIHAN ASAS KETENTERAAN
Tempoh latihan asas adalah selama 6 bulan
MODUL LATIHAN
Latihan merangkumi kemahiran menembak, ilmu medan perang, berkawad, dan ketahanan mental & fizikal
LOKASI LATIHAN
Latihan dijalankan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, Negeri Sembilan
Bersedia untuk menghadapi cabaran dan membina semangat juang yang tinggi

Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat
Lelaki Siri 208Tahun 2026




Wahai Belia Malaysia!, inilah peluang anda! Sertai Tentera Darat Malaysia dan jadilah wira negara. Uji ketahanan diri, bina kerjaya cemerlang dan berbakti demi tanah air. Bersama kita pertahankan kedaulatan negara!
Tatacara Pemakaian Calon Semasa Menghadiri Pemilihan Akhir PM TD
TATACARA PEMAKAIAN BAGI CALON LELAKI

TATACARA PEMAKAIAN BAGI CALON WANITA

TATACARA PEMAKAIAN
BAGI CALON WANITA
(BUKAN ISLAM)


