
KOTA KINABALU, 26 Dis 20 - Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) berjaya melakukan tangkapan dan mengusir 3 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bersama seorang bayi berusia 7 bulan warga Indonesia. Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) oleh pada 25 Dis 2020 jam 3.00 petang yang di kawasan am Serudong,Tawau, Sabah.
2Pada 25 Dis 2020, Kumpulan SERKAP berjaya mengesan 3 orang PATI terdiri daripada 2 lelaki dan seorang wanita bersama seorang bayi memasuki kawasan SERKAP yang sedang menghampiri sempadan Indonesia. Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga PATI yang ditangkap tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berusia antara 48 hingga 38 tahun dan telah menetap di negara ini sejak awal tahun bagi mendapatkan peluang pekerjaan di sektor peladangan. Hasil siasatan mendapati disebabkan peluang pekerjaan yang terhad berikutan daripada penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan ketiga-tiga PATI bercadang untuk kembali pulang ke
negara asal di Indonesia.

Pada 25 Dis 2020 jam 5.20 petang, ketiga-tiga PATI bersama bayi berusia 7 bulan tersebut telah diusir keluar dari Malaysia dengan diiringi oleh anggota Kumpulan SERKAP ke sempadan Indonesia. Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut.
Panglima 5 Briged, Brig Jen Zambery Jefry bin Hj Darus menegaskan pasukan yang sedang melaksanakan operasi dibawah kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia akan terus memperketatkan dan meneruskan kawalan di sempadan daratan bagi memastikan Op BENTENG dapat diperkukuhkan dari aktiviti PATI dan lain -lain anasir yang mampu mengancam keselamatan negara.
#OpBENTENG
#OpPENAWAR
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

