MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KEPADA KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG DAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEGAWAI KADET TENGKU ARIF

KUALA LUMPUR, 8 Januari 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat Leftenan kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang dan Majlis Mengangkat Sumpah Pegawai Kadet ATM kepada Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Arif Bendahara Pahang di Dewan Seri Mahkota, Istana Negara, hari ini.
 


Majlis Pemakaian Pangkat itu disempurnakan sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang dipakaikan pangkat Leftenan dan kekal di Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD), Briged Keempat Infantri (Mekanize) (4 Bgd Mek), Pahang.
Seterusnya turut diadakan Majlis Mengangkat Sumpah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada YAM Tengku Arif Bendahara Pahang di hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong.
 
Menjunjung Kasih, Tuanku.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia