KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN OLEH KETUA STAF AM MK PMBTD
KUALA LUMPUR, 12 Januari 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menerima Kunjungan Hormat Persaraan Ketua Staf Am, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) , Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Hassan bin Loman, di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan hari ini.
Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Hassan bin Loman akan mula bercuti dan menjalani kursus peralihan bermula 14 Januari 2021 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 1 Ogos 2021 setelah berkhidmat selama lebih daripada 42 tahun.
Sepanjang perkhidmatan beliau, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Hassan bin Loman telah menjawat pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antaranya sebagai Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu DiRaja (8 RAMD), Penasihat Pertahanan di Canberra, Australia, dan Panglima Briged Ketujuh Infantri (7 Bgd) .
Tentera Darat mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Yang Berbahagia Dato’.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia