WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

PEMILIHAN AKHIR KHAS PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT

 

PEMILIHAN AKHIR KHAS PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI DAN WANITA seperti ketetapan berikut:

1. TARIKH DAN LOKASI PEMILIHAN.

a. TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

(1) ZON UTARA – MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah.

(2) ZON TIMUR - MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan Kota Bharu Kelantan.

(3) ZON TENGAH – MK 12 Bgd, Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur.

b. TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

(1) ZON SELATAN – BN 2 UBAT, Kem Mahkota Kluang, Johor. 

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN.

a. Calon Warganegara Malaysia dan salah seorang ibu atau bapa Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah 27 Dis 22.

3. AKADEMIK.

a. Wajib LULUS SPM (Bahasa Melayu dan Sejarah) dan bagi SVM (PNGKA 2.0).

4. FIZIKAL.

a. Tinggi minima Lelaki 1.62m.
b. Ukuran BMI 18.0 hingga 26.0. 

5. KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA KE PEMILIHAN AKHIR.

a. Dokumen Asal yang perlu dibawa:
(1) Sijil asal SPM, SVM, SKM, Dip. (bukan slip SPM kecuali slip tahun 2021 sahaja diterima).
(2) Kad Pengenalan.
(3) Sijil Lahir.
(4) Sijil Berhenti Sekolah.
(5) X-ray dan Laporan X-ray disahkan Doktor Pakar Radiologi.
(6) Gambar ukuran pasport 1 keping.

b. Salinan Sijil seperti berikut (1 salinan):
(1) Sijil SPM, SVM, SKM, DIP.
(2) Kad Pengenalan Calon.
(3) Sijil Lahir.
(4) Sijil Berhenti Sekolah.
(5) Kad Pengenalan Ibu dan Bapa.
(6) Sijil kematian sekiranya ibubapa meninggal dunia.
(7) Kad Pengenalan pengganti ibubapa yang meninggal dunia sebgai waris kedua.
(8) Sijil Vaksin atau Kad Vaksin.

c. Sampul Pos Xpress 1 keping

 6. DOKUMEN TAMBAHAN.

a. Saudara dikehendaki muat turun dokumen seperti yang disertakan di bawah untuk panduan sebelum melapor ke pemilihan akhir.

(1) Surat Filem dan Laporan Pakar X-Ray-Radiologi
(2) Surat Akuan Ibubapa (Umur 21 Tahun Ke Bawah)

 #TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#PMTD196KHAS

 IMG 20230512 WA0046

IKLAN PM TD KHAS 196 LELAKI