WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT (PM TD) LELAKI SIRI 196 TAHUN 2022
 
1. Pemilihan Akhir PM TD akan dilaksanakan mulai 20 Sep hingga 3 Okt 22 di seluruh Malaysia. Sembilan Pusat Pemilihan Akhir adalah seperti berikut:
 
a. ZON MALTIM. (Malaysia Timur)
 
(1) MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, 88200 Kota Kinabalu, Sabah mulai 20 Sep hingga 28 Sep 22.
(2) MK 3 Bgd, Kem Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak mulai 20 Sep hingga 28 Sep 22.
_________________________________________
b. ZON UTARA.
(1) MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani mulai 20 hingga 25 Sep 22.
(2) MSS Taiping, Jalan Kamunting Lama, 34000 Taiping, Perak mulai 27 hingga 29 Sep 22.
_________________________________________
c. ZON TIMUR.
(1) MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, 16500 Kota Bharu, Kelantan mulai 20 hingga 26 Sep 22.
(2) MSS Kuantan, Kem Batu 10, 25990 Kuantan, Pahang pada 28 dan 29 Sep 22.
_________________________________________
d. ZON SELATAN.
(1) MSS Kluang, Kem Mahkota, 86000 Kluang, Johor mulai 20 hingga 22 Sep 22.
(2) 15 RAMD, Kem Senawang 71450 Senawang, Negeri Sembilan mulai 26 hingga 29 Sep 22.
(3) MK 12 Bgd , Kem Wardieburn, 53300, Setapak, Kuala Lumpur mulai 1 hingga 3 Okt 22.
_________________________________________
2. Pakaian semasa melapor adalah seperti berikut:
 
a. Baju T-shirt putih berkolar.
b. Seluar Track Suit warna gelap.
c. Kasut sukan dan stokin putih.
d. Memakai pelitup muka dan membawa hand sanitizer.
 
3. Calon dikehendaki membawa bersama dokumen seperti berikut:
 
a. Kad Pengenalan - asal dan 2 salinan fotostat.
b. Sijil Daftar Kelahiran - asal dan 2 salinan fotostat.
c. Sijil Akademik (SPM/SVM/STPM/STAM/SKM/Diploma & Transkrip) - asal dan 2 salinan fotostat.
d. Sijil Berhenti Sekolah - asal dan 2 salinan fotostat.
e. Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik- asal dan 2 salinan fotostat (sekiranya ada).
 
f. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa – 2 salinan.
(1) Sekiranya ibu/bapa meninggal dunia, keperluan Sijil Kematian ibu/bapa - 2 salinan.
(2) Sekiranya ibu/bapa meninggal dunia, keperluan salinan Kad Pengenalan waris pertama dan waris kedua (Contoh: ibu/bapa dan ahli keluarga yang terdekat - 2 salinan.
 
g. Bagi yang telah berkahwin sertakan bersama dokumen seperti berikut:
(1) Surat Nikah - asal dan 2 salinan fotostat.
(2) Salinan Kad Pengenalan Isteri - 2 salinan fotostat.
(3) Salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak - 2 salinan fotostat.
(4) Salinan Buku Akaun Isteri - Bank Simpanan Nasional (BSN) - 2 salinan fotostat.
 
h. Filem X-Ray ukuran dada dan Laporan Pakar X-Ray/Radiologi. Pemeriksaan boleh dilaksanakan di Hospital kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta.
 
i. Sekeping gambar berwarna berukuran pasport yang terkini.
 
j. Ballpen berwarna hitam sahaja dibenarkan dalam pengisian dokumen.
 
k. Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia -beralamat sendiri di bahagian penerima)
 
4. Kehadiran calon walk-in sangat dialu-alukan. Namun, calon perlu menepati syarat-syarat kemasukan PM TD serta mematuhi perkara di Bil 2 dan 3. Sekian, terima kasih.