WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

FB IMG 1718059756475

KUALA LUMPUR, 10 Jun 24 - Panglima Tentera see (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menerima Lawatan Rasmi Chief Of Army, Australian Army, Lieutenant General Simon Stuart di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

 
Ketibaan Lieutenant General Simon Stuart dan delegasi disambut oleh PTD di Perkarangan Wisma Pertahanan dan seterusnya diberi penghormatan menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) terdiri daripada 3 pegawai dan 101 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
 
Objektif utama lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama diplomatik pertahanan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Australian Army yang terjalin sejak sekian lama.
 
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia