WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KAAMATAN20242
SABAH, 5 Jun 2024 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri Sambutan Kaamatan Peringkat Tentera Darat Tahun 2024 bertempat di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, Sabah.
 
Seramai 300 orang tetamu yang terdiri daripada jemputan dan warga 5 Divisyen hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Para tetamu yang hadir turut disajikan dengan hidangan makanan tradisional Negeri Sabah dan diserikan dengan persembahan oleh band N’separang, tarian kebudayaan dan persembahan khas pegawai muda 5 Divisyen.
 
Dalam sambutan pada kali ini, PTD turut berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir serta menyempurnakan pemberian duit raya kepada anak-anak anggota.
 
Turut hadir memeriahkan Majlis adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD) Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap serta Warga 5 Divisyen.