WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
GAWAITD2024
SIBU, 3 Jun 2024 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyantuni Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Sambutan Hari Gawai Dayak peringkat Tentera Darat Tahun 2024 di Dewan RASCOM, Sibu, Sarawak.
 
Seramai hampir 300 warga TDM dan ahli keluarga hadir bagi memeriahkan sambutan Gawai pada kali ini. Para tetamu yang hadir turut disajikan dengan pelbagai aneka juadah dengan selingan persembahan tarian kebudayaan dari kumpulan kaki Seni Gerhayu, Sibu dan kugiran The Red Hackle Band daripada Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja.
 
PTD turut beramah mesra dengan para tetamu yang hadir dan petugas-petugas sepanjang berlangsungnya sambutan ini. Di kesempatan yang sama, PTD turut menyempurnakan pemberian duit raya kepada anak-anak anggota.
 
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM), Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis serta Pegawai-pegawai Kanan TD.