WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LANPAC
Amerika Syarikat, 15 Mei 24 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan bersama delegasi menghadiri Land Forces Symposium and Exhibition (LANPAC) 2024 yang sedang berlangsung bermula dari 12 hingga 18 Mei 2024 di Honolulu, Hawaii, United States of America (USA). Simposium ini telah dirasmikan oleh Commanding General USARPAC, General Charles Flynn dan diikuti dengan ucaptama dari beliau.
 
Simposium dan pameran LANPAC 2024 ini merupakan satu platform yang penting bagi United States Army Pacific (USARPAC) berinteraksi dengan Tentera Darat di rantau Indo-Pasifik. Ia juga merupakan satu medium bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) memperkukuhkan hubungan dengan Tentera Darat USA serta pemimpin-pemimpin Tentera Darat dari seluruh dunia, dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang telah lama terjalin.
 
Pada kesempatan yang ada juga, PTD turut mengunjungi beberapa booth pameran serta berinteraksi bersama pempamer-pempamer yang mengambil bahagian dalam LANPAC 2024.
 
PTD turut mengambil peluang mengadakan perjumpaan bilateral dengan rakan sejawat beliau iaitu Commander in Chief Royal Thai Army, General Charoenchai Hinthao yang turut hadir di LANPAC 2024. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar pandangan berkenaan teknologi pertahanan dan keselamatan terkini di samping mengukuhkan hubungan diplomasi pertahanan dua negara yang berjiran.
 
Keseluruhannya, lawatan kerja ini adalah selari dengan Teras Kelima Perintah Ulung PTD iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan, dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan melalui perkongsian dan pemindahan teknologi.