WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
E LIBRARY
PORT DICKSON, 11 Mei 24 - Bersempena dengan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (TLPM) Siri 199/23 hari ini, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan turut berkesempatan melancarkan Laman Web E-Library.
 
Pembangunan laman web ini bertujuan untuk menyediakan manual doktrin Tentera Darat dalam bentuk digital dan mudah diakses oleh seluruh warga TD pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
 
Turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Pertandingan Esei Panglima Tentera Tahun 2023 dan Artikel Terbaik Sorotan Darat Tahun 2023.