WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PERAJURITMUDA1992004
PORT DICKSON, 11 Mei 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/23 bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson hari ini.
 
Keseluruhan, seramai 1,498 orang Perajurit Muda Lelaki telah berjaya menamatkan latihan hari ini setelah mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan selama 6 bulan bermula 3 November 2023 yang lalu.
 
Perbarisan diketuai oleh Perajurit Muda Ranfinddy Mail bersama 14 Detasmen yang diiringi oleh Pancaragam Gabungan Tentera Darat yang terdiri daripada Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD), Brass Band Wanita Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Brass Band PUSASDA.
 
Hadir sama ke perbarisan adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan serta barisan Pegawai Kanan TDM yang lain.
 
 
Galeri Gambar: Lihat