WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PTDSAHURTGSEPANG2
TANJUNG SEPANG, 31 Mac 24: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah meluangkan masa bersahur bersama warga unit operasi bertempat di Pos Tanjung Sepang, dengan diiringi oleh Panglima 7 Briged, Brig Jen Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad.
 
PTD turut mengambil peluang untuk beramah mesra dan bertanya khabar, selain turut menyantuni warga kru dari rancangan media Wanita Hari Ini (WHI), yang sedang melaksanakan rakaman berkaitan penugasan Tentera Darat di perbatasan sepanjang Ramadhan.
 
Selepas solat subuh berjemaah, majlis diteruskan dengan sumbangan oleh kru media WHI kepada warga Tentera Darat, sebagai simbolik sokongan warga media kepada TD. Dalam perkembangan yang sama, PTD turut menyampaikan sumbangan beliau kepada warga unit operasi yang diwakili oleh Panglima 7 Briged dan Pegawai Memerintah 7 RAD.
 
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan bin Atan.