WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDKE10BGD24
MELAKA, 28 Mac 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengadakan Lawatan Ulung Ke Markas 10 Briged (PARA) di Dataran 10 Briged (PARA), Kem Terendak, Melaka pada hari ini.
 
Ketibaan PTD telah disambut oleh Panglima 10 Briged Para, Mejar Jeneral Dato' Khairul Azmizal bin Ahmad Natal. PTD kemudiannya telah melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Ketujuh Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD (PARA)) terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 Anggota Lain-Lain Pangkat.
 
PTD telah ditaklimatkan mengenai hal operasi dan tadbir urus oleh Panglima 10 Bgd (PARA). PTD turut berkesempatan untuk merasmikan Galeri Way Forward 10 Briged (PARA).
 
Hadir bersama dalam lawatan ulung ini adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM) Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap serta Pegawai-Pegawai 10 Briged (PARA).