WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
YDPAKEMINDEF2
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan, hari ini (26 Mac).
 
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.
 
Hadir sama, YBhg Dato’ Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan YBhg Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera.
 
Turut serta, Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Darat; Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Laut; Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Udara dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi ATM turut berkenan menandatangani buku lawatan dan bergambar kenangan.
 
YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan kemudian mempersembahkan taklimat berkenaan Struktur Organisasi dan Profil Kementerian, Kertas Putih Pertahanan (KPP), Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025, Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN), Kekuatan Aset Strategik, Perolehan Aset Utama, Pelupusan Aset Usang dan Projek Pembangunan Utama.
 
Pada sesi taklimat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai isu-isu pertahanan negara.
 
“Hasrat saya adalah sebarang perbelanjaan dan perancangan untuk pertahanan negara mestilah dilakukan secara berhemah tanpa membelakangkan soal keselamatan,” titah Seri Paduka Baginda.