WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PakaiPangkatPegKanan2024
KUALA LUMPUR, 22 Februari - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan yang hadir bersama isteri, Puan Sri Datin Hartiah binti Hamzah telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Tentera Darat bertempat di Dewan Cempaka, Wisma Transit, hari ini.
 
Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan 6 orang pegawai ini dimulakan dengan Kolonel Zainuddin bin Bahari yang dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Comprehensive Defence and Security Research Centre – Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS).
 
Seterusnya, majlis diteruskan dengan kenaikan pangkat 3 orang pegawai berpangkat Mejar ke Leftenan Kolonel dan pemakaian pangkat 2 orang Pegawai Senarai Tugas Khas yang ditauliahkan ke pangkat Leftenan Muda.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai-pegawai Tentera Darat yang telah dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang dalam memacu organisasi TDM.
 
Hadir bersama dalam majlis ini adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri dan isteri, Datin Hajjah Rosilawati binti Ahmad Tajri, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan serta Pegawai-pegawai Kanan TDM.