WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
IRONTHUNDER2024𝐄𝐊𝐒 𝐈𝐑𝐎𝐍 𝐓𝐇𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐉𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐑𝐄𝐖 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐏 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃𝐑𝐎𝐍 𝐀𝐑𝐌𝐎𝐑 (𝐏𝐀𝐑𝐀)
 
GEMAS : Skuadron Armor (Para) telah melaksanakan latihan Eks IRON THUNDER Siri 1/2024 di Kawasan Lapang Sasar Asahan mulai 5 hingga 9 Februari 2024.
 
Tujuan eks dilaksanakan adalah untuk memastikan tahap kesiagaan dan keupayaan bagi anggota Skuadron Armor (Para) sentiasa berada di tahap yang tertinggi pada sebilang masa dan dapat meningkatkan serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari mengikut TTP yang telah digariskan.
 
Eks ini telah dipecahkan kepada beberapa fasa, antaranya adalah aturgerak Leading Parachute Battle Group (LPBG), aturgerak Tactical Air Landing Operation (TALO), menguasai dan mempertahankan lokasi pentinh, melaksanakan Link up, Battle Hand Over (BHO), Ulang Bekal dan TTP di serang hendap yang menggunakan konsep Combined Armed Live Firing Exercise (CALFEX) bersama Leading Para Battle Group (LPBG).
 
Pelaksanaan latihan ini sejajar dengan teras pertama dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawanan yang menekankan tentang pembangunan program latihan secara realistik dan berfokus.
 
Galeri Gambar : Lihat Disini