WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
DESETTIGER72024
KUANTAN, 5 Februari 24 - Panglima 4 Briged (Mekanize), Brigedier Jeneral Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fabillah telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Tim Eksesais Desert Tiger Siri 7/24 bertempat di Pengkalan Udara Kuantan, hari ini.
 
Penghantaran Tim Eksesais ini melibatkan seramai 16 Pegawai dan 114 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Leftenan Kolonel Mohd Azamri bin Abdullah.
 
Eksesais Desert Tiger merupakan Eksesais Bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United Arab Emirates Land Forces (UAELF) dengan berkonsepkan Cross Training Exercise dan Field Training Exercise yang akan dilaksanakan di Kem Saih Al-Bana, Ras Al-Khaimah, United Arab Emirates (UAE) bermula 7 hingga 22 Februari 2024.
 
Leftenan Kolonel Azamri berharap agar eksesais yang dijalankan ini dapat meningkatkan kompetensi trup dan keupayaan TDM dari aspek peperangan di kawasan terbina. Selain itu, beliau berhasrat agar melalui eksesais ini dapat meningkatkan kemahiran serta memperluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan pegawai mahupun anggota dari aspek peperangan di antara TDM dan UAELF.
 
𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀