WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LAWATANKERJAPTDKEARABSAUDI2024
ARAB SAUDI, 5 Februari 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan bersama Delegasi TDM sedang menghadiri World Defense Show 2024 (WDS 2024) di Riyadh, Arab Saudi yang telah bermula pada 4 Feb 24.
 
Mengumpulkan pemain-pemain industri pertahanan dari seluruh dunia, WDS 2024 dijadualkan berlangsung selama lima hari sehingga 8 Feb 24. Pameran Pertahanan Dunia ini dianjurkan bagi mempamerkan pembangunan teknologi serta menyemarakkan diskusi dan kerjasama strategik sesama pemain industri antarabangsa dan entiti kerajaan yang mengambil bahagian di dalam WDS 2024 dari seluruh dunia.
 
Hari pertama WDS 24 dimulakan dengan Future Defense Forum melibatkan beberapa perwakilan lain termasuk pegawai kanan kerajaan, pegawai tentera dan pemain industri. Sejurus selepas itu berlangsung Majlis Pembukaan WDS 2024 yang meraikan kejayaan penganjuran pameran edisi kedua sebelum perarakan jenama ketenteraan, persembahan dari pasukan aerobatik dan pameran budaya Arab sejati.
 
Penglibatan TDM di dalam persidangan sebegini adalah sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan yang memberikan penekanan kepada kerjasama serantau dan antarabangsa.