WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
HEROTDSJNMAZLAN
PORT DICKSON, 28 Januari 24 - Panglima Tentera Darat(PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat kepada Koperal Mazlan bin Abdul Rahman semasa Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, hari ini.
 
Semasa berlangsung, beliau turut menerima Pisau Tentera Darat, Sijil Penghargaan Khas Tentera Darat dan sumbangan di atas sifat keberanian luar biasa setelah berjaya menyelamatkan dua orang awam yang hampir lemas baru-baru ini.
 
PTD semasa berucap menyeru seluruh warga TD untuk menjadikan peristiwa bersejarah Sarjan Mazlan sebagai contoh bagaimana adunan ikrar kesateria dan etos kepahlawanan mampu melahirkan seorang perwira yang sanggup mempertaruhkan nyawa, demi keselamatan orang lain.
 
“Sebagai Panglima Tentera Darat, saya merasa bangga kerana mempunyai seorang anggota seperti Sarjan Mazlan bin Abdul Rahman. Saya juga yakin, ada lebih ramai lagi anggota seperti Sarjan Mazlan yang akan muncul dari kalangan saudara-saudara sekalian selepas ini”
 
Selain itu, PTD juga menyeru semua anggota tentera menghayati dan menerapkan etos kepahlawanan di dalam diri masing-masing.
 
“Nilai-nilai etos kepahlawanan iaitu disiplin, kehormatan diri, keberanian, integriti, profesional, kesatuan, pengorbanan dan kesetiaan yang berlandaskan kepercayaan kepada tuhan hendaklah sebati dalam diri masing-masing. Kita seharusnya menginsafi bahawa tentera adalah satu kerjaya yang mulia dalam agama”. – Ucapan PTD.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Sarjan Mazlan bin Abdul Rahman dan mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas!
 
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐙𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍!