WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
RSMATMPTD
KUALA LUMPUR, 26 Januari 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM), Pegawai Waran Satu Hayazi bin Abdul Aziz bertempat di Pejabat PTD, Wisma Pertahanan hari ini.
 
Kunjungan Hormat ini adalah bersempena dengan persaraan SMR ATM yang akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Terdahulu, Pegawai Waran Satu Hayazi bin Abdul Aziz telah diberi kepercayaan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD) pada 7 Mei 2015 hingga 5 Oktober 2019.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Waran Satu Hayazi bin Abdul Aziz atas segala jasa, komitmen dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau. Selamat bersara!