WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
LEMBAGAPTD2024
 
KUALA LUMPUR, 24 Januari 24 - Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat telah melaksanakan program melibatkan calon -calon Lembaga Panglima Tentera Darat (LPTD) Siri 16/2024 untuk menilai serta memperakukan 175 orang pegawai berpangkat Mejar daripada pelbagai Kor/Rejimen dalam Tentera Darat (TD), baru-baru ini.
 
LPTD adalah merupakan satu sistem tapisan di dalam TD bagi kenaikan pangkat Mejar ke Pemangku Leftenan Kolonel yang dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD).
 
Melalui platform LPTD, TPTD telah menggariskan satu proses pemilihan secara adil, telus, tidak berasaskan ‘favouritism’ yang memenuhi sifat sama-rata melalui capaian merit kecemerlangan.
 
TPTD juga turut berkongsi panduan sifat kepimpiman yang perlu diterapkan dalam diri iaitu prinsip 7C iaitu Character, Cekal, Cergas, Cekap, Cerdas, Cakna dan Contoh bagi menghasilkan pelapis masa hadapan TD yang berkualiti.
 
Selain itu, mereka yang terpilih juga adalah calon-calon yang telah melepasi beberapa tapisan di peringkat Jabatan Arah Kor/Rejimen masing—masing.
Melalui kaedah ini, ia secara terus adalah selari dengan ‘Succession Plan TD’ di masa hadapan di bawah Teras Pertama Perintah Ulung PTD Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawanan.
 
Proses penilaian lembaga juga telah melibatkan Ujian Kecergasan Asas (UKA) yang turut disertai oleh TPTD sendiri pada 23 Jan 24 bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, 1 RAMD, baru-baru ini.
 
Ujian ini telah dijadikan sebagai satu platform untuk menilai tahap kecergasan fizikal calon-calon sebelum disokong di dalam Panel Akhir LPTD Siri 16/24.
 
Di akhir pelaksanaan ujian, TPTD menegaskan bahawa setiap lapisan pemerintahan perlu melaksanakan tugas dengan betul agar Organisasi TD dapat dikekalkan sebagai sebuah angkatan yang relevan selari dengan perancangan pelan pembangunan strategik TD dan ATM amnya.