WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD30ISTERIAMN2024 2
 
KUALA LUMPUR, 23 Januari 2024 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Hartiah binti Hamzah telah menerima anugerah semasa berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Bagi Tahun 2023 bertempat di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
 
Dalam istiadat ini, PTD telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri dan Puan Sri Datin Hartiah binti Hamzah telah dianugerahkan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N.).
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada PTD dan isteri di atas penganugerahan tersebut.
 
GAGAH SETIA
BERSAMA BERBAKTI