WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PERBARISANMKTD2024
KUALA LUMPUR, 22 Januari 2024 -  Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan telah menyempurnakan Perbarisan Markas Tentera Darat (MK TD) Penggal Pertama bagi Tahun 2024 di Padang Kawad KEMENTAH pada 22 Januari 2024, hari ini.
 
Perbarisan ini adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rejimental di peringkat MK TD yang telah dirancang bagi tahun 2024 bertujuan memastikan keseimbangan motivasi, moral dan komitmen warga MK TD selari dengan hasrat pucuk pimpinan semasa.
 
Ringkas dan padat, perbarisan telah di ketuai oleh Pengarah Perisikan, Cawangan Perisikan MK TD, Kolonel Abdul Rahman bin Muhammad Salim serta melibatkan 414 pegawai dan 564 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah dari Markas Tentera Darat (BCJ MK TD).
 
Semasa perbarisan, KS TD turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada enam orang anggota LLP yang bertugas di bawah MK TD.
 
KS TD semasa dalam ucapan, beliau berpesan kepada seluruh warga MK TD untuk terus meningkatkan usaha dalam mendepani cabaran di tahun 2024 dan perlulah berusaha mencapai kecemerlangan.