WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MENHAN ke MKTD 20242
 
KUALA LUMPUR, 12 Januari 24 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan barisan Pegawai Kanan Markas Tentera Darat (MK TD) telah menyambut kedatangan Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di MK TD, Wisma Pertahanan hari ini.
 
Lawatan Rasmi MENHAN ke MK TD ini adalah buat julung kalinya selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Kementerian Pertahanan Malaysia pada 13 Disember 2023 yang lalu. Lawatan ini juga adalah bagi mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai organisasi Tentera Darat Malaysia (TDM).
 
Seluruh warga TDM mendoakan semoga urusan Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dalam mentadbir organisasi pertahanan negara Malaysia dipermudahkan dan sentiasa diiringi kecermelangan.