WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
IstiadatMenjunjungKasihYDPA
 
KUALA LUMPUR, 8 Januari 24 -  Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Alallah Sultan Iskandar Shah Al-Haj berkenan bercemar duli ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada hari ini.
 
Istiadat ini dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tanda penghargaan kepada KDYMM SPBYDP Agong dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong sempena tamat tempoh pemerintahan selama 5 tahun bemula 2019 sehingga 2024.
 
Perbarisan ini turut melibatkan 10 detasmen ATM terdiri daripada 6 detasmen TDM, 2 detasmen TLDM dan 2 detasmen TUDM dengan kekuatan seramai 40 pegawai dan 888 anggota LLP.
 
IstiadatMenjunjungKasihYDPA2Pada istiadat ini juga, lima panji-panji Yang di-Pertuan Agong turut diarak oleh kontinjen-kontinjen dari ketiga- tiga perkhidmatan ATM iaitu Panji-panji RAMD, Panji-panji RRD, Panji-panji KAD, Panji-panji TLDM dan Panji-panji TUDM.
 
Turut dipersembahkan deklamasi sajak oleh Sarjan Siti Nur Ain Jasmi dan Laskar Udara 1 Abdullah Rosli bertajuk Daulat Tuanku yang menceritakan kepimpinan baginda dan cabaran yang dihadapi negara semasa lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah. Bait-bait sajak berkenaan yang menggambarkan keperibadian baginda berdua yang terserlah mesra rakyat.
 
Baginda berdua kemudian diarak dari Wisma Perwira Tentera Darat ke Balai Pengawal Utama Kem Perdana Sungai Besi menaiki kereta kuda diiringi 14 ekor kuda dari Kor Armor Diraja (KAD).
 
Hadir bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.
 
IstiadatMenjunjungKasihYDPA3