WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PENGARAH KKD2 2024
MELAKA, 6 Januari 24 -  Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri Perbarisan Penghargaan kepada Mejar Jeneral Dato’ (Dr) Rosman bin Ab Rahman dan Brigedier Jeneral (Dr) Mohd Shah bin Mat Esa bertempat di Padang Kawad Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT), Kem Terendak, Melaka pada hari ini.
 
Perbarisan penghargaan ini diketuai oleh Pegawai Farmasi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Mizan), Leftenan Kolonel Halif bin Mohamad Yusof bersama 12 Pegawai dan 148 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) sebagai menghargai jasa Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang telah banyak menabur bakti kepada perkhidmatan.
 
Mejar Jeneral Dato’ (Dr) Rosman bin Ab Rahman, Pengarah Perubatan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) telah berkhidmat selama 29 tahun 6 bulan manakala Brigedier Jeneral (Dr) Mohd Shah Bin Mat Esa, Pakar Psikiatri Hospital Angkatan Tentera Lumut telah menabur bakti selama 29 tahun 3 bulan.
 
TDM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Mejar Jeneral Dato’ (Dr) Rosman bin Ab Rahman dan Brigedier Jeneral (Dr) Mohd Shah Bin Mat Esa di atas segala sumbangan bakti dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
 
Hadir semasa perbarisan berlangsung adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato Zahani bin Haji Zainal Abidin TUDM; Asistan Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap; Panglima Divisyen Ketiga Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab. Rashid dan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.