WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDKESABAH
 
KENINGAU, 29 Disember 2023 - Memanfaatkan hari kedua Lawatan Ulung di Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah bergerak ke kawasan Op BALASAH untuk bertemu dengan pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sedang bertugas di Markas Taktikal Keningau, Pos Long Pasia, Pos Saliliran dan Pos Gabungan Bersama (GABMA) Seliku, hari ini.
 
Lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau pelaksanaan operasi di kawasan Op BALASAH dengan lebih dekat dalam memastikan keselamatan sempadan daratan di Sabah sentiasa di tahap mampu beroperasi.
 
Dalam lawatan ini juga PTD berkesempatan menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat ke atas 11 orang anggota yang sedang bertugas di kawasan operasi. Mereka terdiri daripada lima orang anggota Lain – lain Pangkat (LLP) di Markas Taktikal, tiga orang LLP di Pos Saliliran, seorang di Pos Long Pasia, dan dua orang di Pos GABMA.
 
Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat!!!