WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
KKDBANJIRKELANTAN23
 
OP MURNI 2023 : Forward Medical Team (FMT) 18 RAMD (Para) Melaksanakan Pemeriksaan Kesihatan Di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) KTJ Hulu Terengganu Dan Dungun.
 
TERENGGANU, 27 Disember 2023 - FMT dari 18 RAMD (Para) diketuai oleh Kapt (Dr) Izzul Islam bin Bakri bersama Tim Perubatan 705 Pusat Perubatan ATM (705 PPAT) melaksanakan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa-mangsa banjir di Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu dan PPS Masjid Padang Ping, Dungun.
 
Pemeriksaan kesihatan ini merupakan salah satu gerak kerja dalam atur gerak Op MURNI yang diselaraskan bagi membantu dan memastikan taraf kesihatan mangsa-mangsa banjir sentiasa berada dalam keadaan yang baik.