WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
BANJIRPASIRMAS2023
OP MURNI 2023: ATUR GERAK BATALION KE-21 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA DI PASIR MAS
 
Pasir Mas, 26 Dis 23: Seramai 2 orang pegawai dan 62 Anggota Lain-Lain Pangkat diatur gerak ke kawasan operasi dan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) bagi memastikan bantuan disalurkan dengan cepat dan baik.
 
Pasukan First Responder 21 RAMD membantu memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir yang berterusan ke PPS berdekatan kediaman. Kini, 33 buah PPS telah dibuka di Daerah Pasir Mas yang melibatkan 12,791 orang mangsa.