WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
 
BANJIRMACHANG2023
 
OP MURNI 2023: BATALION KE-16 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (16 RAMD) MENGUTAMAKAN KESELAMATAN SEMASA MISI MENYELAMAT MANGSA BANJIR
 
Machang, 25 Dis 23: Antara Daerah yang terjejas dengan gelombang banjir yang ketiga adalah Daerah Machang yang kini hampir melibatkan 476 mangsa.
 
Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, Batalion ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja tetap mengutamakan keselamatan terutamanya dalam misi menyelamatkan kanak-kanak semasa banjir.