WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Mesyurat JKKOTD 2023 2

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keperluan Operasi Tentera Darat (JKKOTD) Khas Siri 5/2023 bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat hari ini.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan proses perolehan keperluan operasi Tentera Darat agar ianya seiring dengan keperluan semasa berdasarkan kuasa dan panduan yang diberikan oleh PTD.

Turut hadir ke mesyuarat adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Logistik, Mejar Jeneral Hj Azelan bin Abu Bakar, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT) Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki serta Pegawai – pegawai Kanan Tentera Darat.

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia