WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

MMR PTD 30

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2033 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental Dining In PTD Ke-30 bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

MMR Dining In PTD Ke-30 ini diadakan khas bagi meraikan pelantikan Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan sebagai PTD Ke-30 dan setelah beliau mengambil alih tampuk pimpinan Tentera Darat Malaysia pada 6 September yang lalu. Selain itu majlis ini juga adalah untuk meningkatkan silaturahim semua peringkat pegawai dan isteri di dalam keluarga besar TD.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan isteri, Datin Haslinda binti Mohd Ali serta barisan Pegawai Kanan dan pegawai-pegawai Tentera Darat Malaysia.