WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

IMG 20231204 WA0017

 
KUALA LUMPUR, 1 Disember 2023 - Seramai enam orang Pegawai Kanan Tentera Darat telah dinaikkan pangkat pada hari ini dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datoโ€™ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia.
 
Majlis pemakaian pangkat telah dimulakan dengan pemakaian pangkat Mejar Jeneral Datoโ€™ Mohd Razali bin Alias. Mejar Jeneral Datoโ€™ Mohd Razali bin Alias dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO). 
 
Seterusnya adalah pemakaian pangkat Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral yang melibatkan Brigedier Jeneral Nahar Azmi Mahmud bin Ahmad, Brigedier Jeneral Ir. Thevendran CS Maniam dan Brigedier Jeneral Saharudin bin Harun. PTD turut memakaikan pangkat kepada Leftenan Kolonel Ismail bin Mohamed dan Leftenan Kolonel (Dr) Faira Rosmarina binti Mohd Rustam yang telah dinaikkan ke pangkat Kolonel. 
 
PTD dalam ucapannya berkata โ€œ๐˜ž๐˜ช๐˜ต๐˜ฉ ๐˜จ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜จ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜บโ€. Beliau turut mengingatkan agar kesemua Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat pada hari ini untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah di masa hadapan. 
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai Kanan yang telah dinaikkan pangkat pada hari ini. 
 
#TenteraDaratMalaysia 
#GagahSetia