WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

IMG 20231121 WA0017

 
HUA HIN, 20 November 2023 – Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah menghadiri pembukaan rasmi bagi ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) Ke-31 Tahun 2023 di Lapang Sasar Infantry Training Center (ITC) Hua Hin, Fort Dhanarajata, Daerah Pranburi, Wilayah Prachuap Khiri Khan. Upacara pembukaan rasmi ini turut dihadiri oleh semua Timbalan Panglima Tentera Darat negara-negara ASEAN dan setaraf yang telah disempurnakan oleh General Suksan Nongbualang, Deputy Chief of Army of Royal Thai Army (RTA).
 
Pertandingan menembak ini melibatkan semua kontinjen daripada Tentera Darat negara-negara ASEAN yang terdiri daripada Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. AARM ke-31 ini dianjurkan oleh Royal Thai Army (RTA) yang merangkumi lima acara iaitu Acara Raifal, Acara Carbine, Acara Pistol Lelaki, Acara Pistol Wanita dan Acara MGKA yang akan berlangsung mulai 16 hingga 25 November 2023. Tema AARM 2023 adalah "From Yesterday's Bravery to Today's Unity – AARM 31st for ASEAN's Harmony".
 
Acara pembukaan AARM ini dimulakan dengan perarakan masuk bendera kejohanan dan kontinjen-kontinjen yang menyertai AARM ke-31. Upacara rasmi menaikkan bendera kejohanan AARM adalah sebagai tanda simbolik kebersamaan dan sinergi kesemua kontinjen negara-negara ASEAN yang terlibat. Upacara pembukaan turut dimeriahkan dengan persembahan tradisi, identiti serta ketenteraan Thailand iaitu Four Region Drums, Seni Pertahanan Diri Muay Thai dan Rapid Gunfire serta diakhiri dengan simbolik anggota berdiri yang mempamerkan perkataan dan Logo AARM.
 
Sebagai tanda simbolik upacara pembukaan rasmi AARM Ke-31 ini, semua Timbalan Panglima Tentera Darat negara-negara ASEAN telah terlibat dalam Pertandingan Menembak Novelti melibatkan Menembak Pistol Jatuh Piring di jarak 20 meter dan Menembak Raifal Jatuh Piring di jarak 50 meter yang diakhiri dengan acara penyampaian medal serta acara bergambar. Turut hadir mengiringi Timbalan Panglima Tentera Darat adalah Panglima 10 Bgd (Para), Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dan Penasihat Pertahanan Malaysia ke Thailand, Brigedier Samsul Rizal bin Musa. Timbalan Panglima Tentera Darat serta delegasi turut berkesempatan berjumpa Kontinjen Tim Menembak Tentera Darat (TMTD) bagi memberi kata-kata semangat agar mempamerkan semangat juang tinggi di dalam pertandingan dan pada masa sama mewujudkan hubungan persahabatan di antara negara-negara ASEAN.
 
Penyertaan rasmi ke AARM Ke-31 ini mendukung Teras Kelima Perintah Ulung PTD - Anjakan Diplomasi Pertahanan melalui kerjasama pertahanan Tentera Darat negara-negara ASEAN dalam menjayakan acara tahunan AARM bagi tujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama serantau serta mempertingkat semangat camaraderie.
 
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TerasKelima
#AARM2023