
Dubai, 14 Nov 23 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan delegasi berkesempatan melaksanakan kunjungan hormat ke atas UAE Land Forces Commander, Major Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Dubai World Centre (DWC), semalam.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua Negara melibatkan aspek ketenteraan daratan.
Semasa berlangsung, kehadiran delegasi disambut baik dan diteruskan dengan sesi diskusi melibatkan panglima perkhidmatan darat, kedua-dua Negara. Seterusnya adalah sesi pertukaran cendera kenangan sebelum usainya sesi kunjungan.