Dubai, 14 November 2023 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan bersama delegasi menghadiri Dubai Airshow 2023 yang sedang berlangsung bermula dari 13 hingga 17 November 2023 di Dubai World Central (DWC).
Dubai Airshow 2023 merupakan edisi terbesar melibatkan lebih dari 1,400 peserta yang mempamerkan produk dan inovasi terkini serta persidangan berkaitan industri pertahanan. Seramai lebih dari 100,000 pengunjung dijangka hadir bagi edisi kali ini.
Melalui platform ini, delegasi dapat mengukuhkan hubungan dengan pemain industri pertahanan serta diberikan taklimat melalui beberapa program yang dijadualkan termasuk Opening Ceremony dan lawatan ke reruai pameran seperti Boeing, De Haviland, SAAB, Airbus, Thales, Rohde & Schwarz, dan EGDE Group.
Turut berlangsung adalah kunjungan hormat ke atas UAE Land Forces Commander, Major Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi.
Keseluruhannya, aktiviti ini adalah platform terbaik dalam usaha merealisasikan Teras Kelima Perintah Ulung PTD – Anjakan Diplomasi Pertahanan, dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan melalui perkongsian dan pemindahan teknologi.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia