WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SASAR2023
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Wardieburn dan Setapak pada 9 November 2023.
 
Bersama-sama ke lokasi adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan yang hadir ke tapak perasmian bagi menyaksikan projek SASaR dengan lebih dekat.
 
Projek ini adalah antara inisiatif Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan dan kualiti hidup para anggota ATM yang selari dengan objektif Pelan Strategik MINDEF 2021–2025 di bawah Teras Ketiga, iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan”.
 
Sebanyak 7,374 unit rumah yang akan dibangunkan ianya meliputi 6,400 unit di Kem Genting Klang dengan keluasan 1,000 sehingga 1,200 kaki persegi dan 974 unit di Kem Wardieburn berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi.Penjualannya dibuka kepada anggota yang masih berkhidmat serta Veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan.
 
Semasa pelancaran, seramai lebih kurang 2,000 orang tetamu hadir ke majlis perasmian tersebut yang melibatkan warga kerja pertahanan.