WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
MALBATT2023
SUBANG, 2 November 2023 –Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim mewakili Panglima Tentera Darat berkesempatan hadir ke acara Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 di Pangkalan Udara Subang, hari ini.
 
Seramai 49 Pegawai dan 169 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 yang diketuai oleh Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan bin Sagoni.
 
Majlis Pemakaian Beret Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.
 
MALBATT 850-11 akan diaturgerakkan secara berperingkat dengan 4 kali penerbangan. Secara keseluruhnya, MALBATT 850-11 yang berkekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan.
 
Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman ,Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Isham bin Ishak, Pemangku Pesuruhajaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim bin Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi, dan Panglima-Panglima Perkhidmatan.