WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTD30 ASET2
 
KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat Siri 3/23 bertempat di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi sejurus selepas Perbarisan Perintah Ulung PTD Ke-30, hari ini.
 
Tentera Darat (TD) telah menerima beberapa perolehan baharu seperti Kenderaan Jenis B (KJB), Peralatan Perairan, Senjata dan Peralatan Elektronik bagi suku ketiga tahun ini. Sebanyak 661 unit aset yang terdiri daripada Trak 3 Tan GS Kargo, Unmanned Aerial System, Ambulans Medan, Kenderaan Pembawa Senjata AGL, Special Operation Vehicle, Assault Boat, Trailer Boat, Logistic Support Bridge, Mortar 60mm, Night Vision Goggle dan Laser Range Finder.
 
Keseluruhan aset ini diterima secara berperingkat sejak awal tahun 2023. Perolehan ini menjadikan kesiagaan TD sentiasa berada di tahap yang tinggi dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
 
Hadir sama ke majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan, Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat serta wakil syarikat-syarikat yang terlibat.