WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
PerintahUlungPTD30 2
 
KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Perbarisan Perintah Ulung PTD Ke-30 bertempat di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi setelah beliau mengambil alih tampuk pimpinan Tentera Darat (TD) pada 6 September 2023 yang lalu.
 
Perutusan yang disampaikan oleh PTD Ke-30 ini telah menekankan 3 penumpuan utama iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan yang ingin dicapai melalui sinergi 3M iaitu Man, Machine and Method berdasarkan parameter angkatan masa hadapan.
 
PTD turut menggariskan 5 Teras yang diakronimkan sebagai S.I.A.G.A yang membawa maksud seperti berikut; Sumber Manusia, Inovasi Peperangan Bersama, Agenda Pengukuhan Keupayaan, Gagasan Tentera dan Rakyat dan Anjakan Diplomasi Pertahanan.
 
Seramai 55 orang pegawai dan 1,509 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD), Leftenan Kolonel Haji Azlifaisal bin Anuar terlibat dalam Perbarisan Tempur yang turut menampilkan aset-aset strategik dan taktikal TD.
 
Hadir sama ke acara Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan serta barisan Pegawai Kanan Tentera Darat, pegawai-pegawai dan anggota LLP sekitar Lembah Klang.