WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
COFTHAIMERUN3
 
MELAKA, 28 Oktober 2023 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Acara Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat kepada Chief of Defence Forces Royal Thai Armed Forces, General Songwit Noonpackdee di Dataran Parawood, 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka dan turut disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan.
 
Majlis bermula dengan demonstrasi dinamik 10 Briged (Para) melibatkan 22 pegawai dan 1200 anggota Lain-lain Pangkat melaksanakan Penerjunan Bebas, Tempur Tanpa Senjata, Renang Tempur, Tactical Combat Casualty Care, Demonstrasi Menara Serba Guna dan Serangan Seksyen.
 
Semasa berlangsung, penonton disajikan dengan penerjunan bebas menggunakan military tactical glider dari aras lima ribu kaki menggunakan pesawat EC 725 dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kemudiannya, berlangsung pertunjukan Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) oleh pasukan 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para yang berperanan sebagai seni membela diri termasuk tangkisan dan tumbukan.
 
COFTHAIMERUN2
 
Selesai pertunjukan, majlis diteruskan dengan acara Pemakaian Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Abdul Rahman kepada Chief of Defence Forces Royal Thai Armed Forces, General Songwit Noonpackdee sebelum penyampaian cendera kenangan oleh Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal.
 
Chief of Defence Forces Royal Thai Armed Forces, General Songwit Noonpackdee merupakan penerima ke-70 selepas Panglima Tentera Darat pada 21 Oktober 2023, baru-baru ini.
 
Hadir sama Chairman of the Advisory Board of Royal Thai Army, General Kittisak Boonprathamchai, serta pegawai kanan ATM.