WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
SMRTD8 2
 
KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2023: Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD) telah diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi, hari ini.
 
Perbarisan ini merupakan simbolik penghargaan TD kepada SMR TD ke-8, PW I Mohd Pauzi bin Mohd Ali yang menamatkan perkhidmatannya dan menyerahkan jawatan kepada SMR TD yang baharu.
 
Seramai 411 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada 4 Detasmen yang diketuai PW I Mohd Khair bin Abdul Wahab telah terlibat dalam perbarisan tempur ini.
 
Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan telah hadir menyaksikan upacara Serah terima Tugas antara PW I Mohd Pauzi bin Mohd Ali, SMR TD Ke-8 menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya kepada PW I Shahamrie bin Abdullah, SMR TD Ke-9.
 
SMR TD Ke-8 merupakan anak kelahiran Senggarang, Batu Pahat, Johor. Beliau mula menyertai TD pada 10 Oktober 1990 di Pusat Latihan Rekrut (PLR) dan sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) selama 6 bulan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Setelah tamat latihan, beliau ditempatkan di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Seberang Takir, Kuala Terengganu. Hasil daripada kesungguhan dan dedikasi yang telah dipamerkan sepanjang tiga dekad berkhidmat, beliau telah diamanahkan menggalas jawatan SMR TD Ke-8 bermula pada 5 Oktober 2019.
 
Seluruh warga TD mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa bakti dan perkhidmatan yang dicurahkan oleh PW I Mohd Pauzi bin Mohd Ali sepanjang berkhidmat.
 
Hadir sama ke acara adalah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rasid, Panglima 1 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Nor bin Shamsuddin, Pegawai-Pegawai Kanan TD dan SMR - SMR Kor TD.