WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PERINTAHULUNGPAT22
 
KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menghadiri Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-22 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.
 
Perbarisan yang berkonsepkan tempur statik ini terdiri daripada 12 detasmen yang melibatkan seramai 40 Pegawai dan 1159 anggota Lain-Lain Pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Perbarisan ini diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Mohd Azroi bin Ariffin Shah dan diiringi oleh Pancaragam Gabungan ATM di bawah pimpinan Leftenan Amirul Shafiq bin Abdul Aziz.
 
Acara perbarisan juga menyaksikan ketibaan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman menerima tabik hormat serta pemeriksaan perbarisan menggunakan Kenderaan Perisai 8x8 GEMPITA sebelum menyampaikan Perutusan Perintah Ulungnya kepada seluruh warga ATM yang hadir.
 
Aset lain yang turut terlibat sebagai peragaan perbarisan adalah Kereta Kebal PT-91M Pendekar, Kenderaan Pelancar Unit Lancar Berganda Roket ASTROS II dan Meriam 155mm G5 MKIII dari TDM, Trailer Pembawa Exocet 40mm Missile dari TUDM dan Prime Mover Pembawa KH-29T Air to Surface Missile dari TUDM.
 
Turut hadir adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Zulhelmy bin Ithnain, Panglima-Panglima Formasi dan para Pegawai Kanan ATM.
 
“KEDAULATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”