WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDBERETMERUN2023 2
 
MELAKA, 21 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datoโ€™ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan isteri, Datin Hartiah binti Hamzah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat telah hadir ke Perbarisan Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan 10 Briged (Para) di Dataran Parawood, 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka.
 
Ketibaan PTD telah disambut oleh Panglima 10 Bgd (PARA) Mejar Jeneral Datoโ€™ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dan isteri, Datin Rozita Waty binti Ridzuan.
 
Acara dimulakan dengan demonstrasi dinamik 10 Briged Para melibatkan 40 pegawai dan 1100 anggota melaksanakan penerjunan bebas, tempur tanpa senjata, renang tempur, ๐˜ต๐˜ข๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต ๐˜ค๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜บ ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, demonstrasi menara serba guna, serangan seksyen dan penerjunan bebas menggunakan ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜ต๐˜ข๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜จ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ dari aras lima ribu kaki menggunakan pesawat EC 725 dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
 
Selesai pertunjukkan, majlis diteruskan dengan acara Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan oleh Panglima 10 Briged (Para), Mejar Jeneral Dato' Khairul Azmizal bin Ahmad Natal kepada PTD Ke-30, Jeneral Datoโ€™ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan sebelum sesi menandatangani buku lawatan PTD Ke-30 merupakan penerima ke-69 Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan 10 Briged (Para).
 
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan isteri, Datin Haslinda binti Mohd Ali, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan dan isteri Toh Puan Nur Fitra binti Mohamed Alias, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Rashidin Hashimi bin Ab Rashid dan isteri, Datin Zuraidah binti Mohayedi serta Pegawai-Pegawai kanan Tentera Darat.