WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
 
KURSUSMPAT2024
 
KAJANG, 20 Oktober 2023 – Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan telah menyempurnakan Majlis Penutup Pra Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Pra Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Sesi Pengajian 2024 di Dewan Seri Kajang, Rejimen Ke-31 Artileri Diraja (31 RAD), Kem Tun Ibrahim hari ini.
 
Kursus yang telah bermula 17 September hingga 20 Oktober 2023 ini melibatkan seramai 37 Pegawai Kanan bagi Kursus Pra MPAT dan 81 pegawai bagi Kursus Pra KPSM dan diadakan bagi mempersiapkan semua calon dengan pengetahuan dan pendedahan awal untuk menghadapi kursus sebenar pada tahun hadapan.
 
KS TD yang mewakili Panglima Tentera Darat telah membacakan teks ucapan dan amanat Panglima Tentera Darat yang berkehendakkan agar semua calon yang terpilih ini meneruskan kecemerlangan di kursus MPAT dan MTAT pada tahun hadapan agar dapat kembali menjadi pemimpin masa hadapan TD yang berwibawa.
 
Beliau turut berpesan agar setiap calon menguruskan masa bersama keluarga dan pelajaran dengan bijak agar dapat terus fokus dan menjalani kursus dengan baik seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
 
Hadir sama ke majlis adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato' Norsham bin Md Tap, Pengarah Rejimen Artileri Diraja, Mejar Jeneral Dato' Zulmajdi bin Yunus, Komandan MPAT, Laksamana Pertama Badarudin bin Taha, Komandan MTAT Brigedier Jeneral Zamsari bin Abu Hassan dan Pengarah-Pengarah Kor serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.