WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia
PTDDKAT2023
 
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 23 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan mencemar duli ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) tahun 2023 di Balairung Seri Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.
 
Istiadat Pengurniaan DKAT yang berlangsung selama dua hari pada 17 dan 19 Oktober 2023 ini, menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia telah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob.
 
Turut dikurniakan PGAT Kehormat adalah 8 pegawai kanan tentera dari luar negara iaitu;
 
1. Panglima Tentara Nasional Indonesia, Laksamana Yudo Margono.
2. ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ, ๐˜š๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ด, ๐˜๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ Aaron Beng.
3. ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜“๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ด, ๐˜œ๐˜ˆ๐˜Œ, ๐˜”๐˜ข๐˜ซ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ Saeed Rashid Ali Al Shehhi.
4. Kepala Staf TNI Angkatan Darat (KASAD), Tentara Nasional Indonesia (TNI), Jenderal TNI Dudung Abdurachman.
5. ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜—๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜•๐˜ข๐˜ท๐˜บ, ๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ Muhammad Amjad Khan Niazi,
6. ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง ๐˜™๐˜ฐ๐˜บ๐˜ข๐˜ญ ๐˜›๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช ๐˜•๐˜ข๐˜ท๐˜บ, ๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ Cherngchai Chomcherngpat.
7. ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜š๐˜ต๐˜ข๐˜ง๐˜ง ๐˜๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ, ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง ๐˜”๐˜ข๐˜ณ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ข๐˜ญ Fadjar Prasetyo.
8. ๐˜Š๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ช๐˜ค ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜š๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ, ๐˜”๐˜ข๐˜ซ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ Kelvin Khong.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 13 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 43 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 112 penerima, dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) kepada 116 penerima.
 
Keseluruhan penerima anugerah pingat dalam Istiadat Pengurniaan DKAT pada tahun ini melibatkan seramai 587 yang diadakan dua sesi. Sesi pertama adalah pada 17 Oktober 2023 dengan penglibatan 293 penerima dan sesi kedua akan dilaksanakan pada 19 Oktober 2023 yang melibatkan seramai 294 penerima.
 
Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan ATM. 5 Darjah Kebesaran Angkatan Tentera disenaraikan khusus bagi warga ATM yang terdiri daripada Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT).
 
Turut hadir adalah Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Pegawai-Pegawai Kanan ATM.
 
โ€œDaulat Tuankuโ€